Isnin, Disember 27, 2010

Jasa Ibu


Hari ini semua adik-beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya, ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti
Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.
Aku minta untuk membantu... "tak payah" katanya.
"Biar mak yang buat.. nanti lain rasanya kalau kamu yang buat."
Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang bakal merayakan Aidilfitri bersamanya.
Aku tahu di sudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya.. tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya.
Terhinjut-hinjut mak ke sana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng.
Bukan main khusyuk dan bersungguh-sungguh beliau cuba menyediakan juadah; semampunya.
Apabila semua abang, kakakku dan anak saudaraku sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng oleh mak tadi.
Semuanya pakat menjamu selera.. memang berselera semua sukakan nasi goreng mak.. mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..
Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku :
"Ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu."
Tiba-tiba abangku bertanya, "siapa yang tak makan lagi nasi ni?"
Aku menjawab, "mak belum makan lagi.."
Mak dengan bersungguh menjawab, "ehh mak tak mahu... tak lalulah nasi goreng, nak makan roti jer sekejap lagi."
Dua tiga kali kami pelawa begitu juga jawabnya. Kataku dalam hati, " oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit kencing manisnya."
Bila semua dah pulang.. aku lihat mak terhinjut-hinjut ke dapur. .lantas aku bertanya, "mak nak apa.. saya nak ambilkan.'
"Tak mengapa, mak nak rasa makanan ni sikit.'
Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku.. bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.
Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya..
Zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Kami benar-benar kalah dengan apa yang kami saksikan..
"YA Allah, Engkau peliharalah ibu kami.. ampunilah dosanya.. berilah kekuatan kepada anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga, amin.."

*copy paste iluvislam

Selasa, Disember 21, 2010

SAPE NAK???

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.
Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.
Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.
Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.
Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.
Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.
Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.
Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.
Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.
Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.
Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.
Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan. InsyaAllah Dia akan permudahkan.

*copy paste i luvislam

majlis walimah

salam semua.. ana amat2 la sibuk sebagai suri rumah merangkap guru..tp walau bagai mana pon.. ana ingin berkongsi beberapa keping gambar sepanjang majlis adik ana.. layannnnnn:
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
majlis pernikahan mohd nur & nur ain

bergambar kenangan

seri pengantin baru nur & ain
-
hantaran dari pihak mohd nur kepada nur ain

balasan dari nur ain kepada mohd nur

seri pengantin bersama hantaram

selamat diijabkabul

di meja santapan


bergambar bersama keluarga..


majlis mohd nur dan pasangan nya nur ain pada 15/10/2010.. mana kala  majlis mohd sufian & zaza izlin pada 27/11/2010.. alhamdulillah.. semuanya selamat sudahh..

Ahad, November 21, 2010

cerita hari ini..

salam..

hari raya yang masih bersisa.. kami penuhi dengan majlis walimah yang perlu di hadiri.. alhamdulilah.. semua majlis walimah kami menghadir kan diri.. habis satu bab..

hujung minggu ni kami akan ke satu negeri bersama rombongan seramai lebih kurang 40 orang.. adik ipar ana akan bernikah dengan 'bunga' di negeri tersebut.. persiapan demi persiapan telah di persiapkan.. masyallah penat nya.. bahagian gubahan ana yang di amanah kan.. gubahan yang simple2. je..

penginapan di negeri tersebut di sediakan pihak sebelah pempuan.. kami hanya perlu membawa sedikit kelengkapan diri..

nanti ana cerita lagi ye...

Selasa, November 16, 2010

Hari raya KORBAN

hari wukuf di arafah hari isnin.. jadi mekah raya pada hari selasa (hari ni) kita dimalaysia raya pada hari esok rabu.. dikesempatan ini ana ucap kan selamat hari raya maaf zahir dan batin.. anda semua berkorban kah?? pada sesiapa yang berkorban jangan kerat rambut bercukr dan kerat kuku.. semoga menjadi saksi di akhirat kelak..

ini kalipertama bagi suami beraya tanpa ayah di sisi.. suami ana nampak murung walau dalam tawa.. ana memang terasa kehilangan.. bila balik seolah ternampak2 ayah turun ke masjid.. untuk menjadi imam.. huhuhuhu..

ape pon moga korban anda semua di terima allah.. ameen.. selamat hari raya korban..

Khamis, November 11, 2010

MAKIN TUA..

Terima kasih abang! tak terkata dengan kata2 yang indah hanya itu yang terluah secara sepontan.. oh alangkah amat ana menyukai pemberian suami tercinta pada hari lahir ana 15hb oktober lepas.. shuuukkkkeeee... maceh.. macehh..

selalunya klu hari lahir ana..suami ana hanya hadiah kan baju @ buku2 yang pada pandangan nya boleh ana selami dan gunakan.. barangkali untuk membuat sedikit kelainan, pada hari lahir tersebut seolah berlalu begitu saja.. terdetik juga dalam hati.. ai suami aku ni lupa ke?? ana pon cam base je la.. mungkin juga suami ana dalam mood sedih lagii.. jadi ana pon biar kan ia nya terus berlalu.. 

malam tu baru la suami ana kata nak bawak g makan2 kat luar.. tak payah masak.. okey.. boleh aja... dalam pada ana bersiap suami ana bisik kan sesuatu dengan lembut.. selamat hari lahir sayang.. melayang2 perasaan.. sambil memberi sejambak bunga n memakai kan rantai.. masyallah.. menitik air mata isteri mu.. 

apa yang boleh ana kata kan pada suami ana hanya terima kasih abang... huhuhuhuhu.. 


=))

=>

; ))

kami makan malam kat luar.. hidangan yang paling2 spesial.. tapi ana x suka tempat2 mahal.. kurang sikit.. tak kisah kat mana pon asal berbaloi.. cayangg abang.. mmmmuuuahhhh..

Selasa, November 09, 2010

RUMAH


pejam celik.. pejam celik.. rupa nya tujuh tahun dah berlalu.. suka duka perit pahit semua dilalui sewaktu menyiap kan tempat berteduh kami.. oh!.. bila dah siap segala yang terbeban seolah lepas!.. alhamdulillah dengan kurniaan tuhan.. rezeki dari allah.. alhamdulillah sekali lagi.. berbaloi rasanya..






pandangan hadapan..

suami ana amat meminati hijau.. ana hanya menurut.. pada ana apa yang suami suka itu lah kesukaan ana.. jadi  pilihan warna luar diserah kan pada suami 100%.. ini lah hasilnya.. 



langsir ruangan muslimah

warna dalam rumah, kebanyakan nya ana yang pilih..ada pro n kontra.. biar lah org lain tak suka yang penting ana dan suami ana menyukai nya.. berbaloi~


langsir dapur

langsir ruangan dapur ana sengaja pilih warna terang.. pilihan warna dinding n langsir ana yang pilih.. suami ana hanya mengikut..

ruangan dapur

ini master bedroom

amat2 lah simple guna kain biasa.. lebih2 kain langsir ana tahun lepas.. dalam bilik x perlu sangat meriah nya pada ana lah.. terpulang pada selera masing2.. 

bilik bacaan

ini ruangan suami ana.. full wane ijau.. langsir ana mintak tukang jahit buatkan sedikit kelainan.. tp simple.. masih lagi ana yang membuat pilihan.. 

bilik bacaan

bilik tidur tetamu

masuk ke ruang bacaan

ruang muslimin (UTAMA)

patern ni ana yang pilih.. fabrik kain suami ana yang pilih.. 

ruangan muslimah


alhamdulilah segala nya berjalan dengan lancar.. makin nak siap..makin mengalir lah al duit macam lah al air.. huhuhu.. mujur la dari awal kawen kami memang berjimat cermat.. jadi tak lah terasa sangat. pendek kata sikit2 lama2 jadi bukit.. baik menabung.. kita susah dihari depan mana tahu kan?? 

jadi sekarang ana sedang mendeko umah.. penat! nanti kita sambung lagi.. tata titi tutu..

Selasa, Oktober 19, 2010

kami sampai ke pahang dalam pukul 8 malam.. alhamdlah sampai dengan selamat nya.. kejab je dok beraya di pahang.. hati perut teringat kat ayah.. ape pon cerita raya telah berakhir.. alhmdlhh..

...................................................................................................................................................................

pada 2 zulkaedah baru2 ni bersamaan hari ahad 10.10.10 ayah  telah kembali kerahmatullah.. al fatihah untuk beliau.. moga2 roh nya bersama dengan org2 mukmin ameen..

ana masih berada dalam mood sedih.. x de moood  nak mececeh....

Selasa, September 21, 2010

suka duka RAYA

tak de mood rase nak menceceh.. apatah lagi sehari dua ni.. stat dr raya pertama sampai sekarang.. belom boleh duduk rilex.... hurmmm.. ade je keje yang perlu kena selesai kan.. 

huhuhuhu.. raya pertama ana.. hanya masak rendang makan dengan ketupat.. huhuhuhu.. paling2 simple.. selalu ada la jugak makanan2 yang lain.. puding ke,, agar2 ke, tp raya tahun ni hanya itu je yang dan untuk di sediakan pada tetamu.. berikutan dengan keadaan ayah yang masih kritikal pada malam raya.. jadi kami anak banak x de feel nak raya.. sebagai menghormati ayah kami hanya beraya ala kadar sahaja.. sian ayah..

bila ana salam dengan ayah menitis air mata tanpa disedari.. oh alangkah sedihnya.. ayah sakit.. kami beraya dengan keadaan yang suram.. tanpa cahaya kesukaan.. walaupon pada dasarnya raya adalah hari kemenangan umat islam.. huhuhuhuuhuhuhuhu.. tangan tua ayah mengusap kepala ana.. tersentuh nya ana.. moga ayah cepat sembuh.. 

pada suami ana, ana tak sikit pon menyentuh isu balik pahang.. lg pun tahun ni mak ayah ana datang beraya ke rumah ana.. berziarah besan nya.. oh sukanya saya.. dapat bermaafan dengan mak abah walaupon di malam raya.. masih lagi raya pertama.. hmm sungguh ana begitu gembira.. alhamdlhh.. segala puji bg allah..

segala perancangan berjalan lancar.. raya ke tiga mak ayah ana bertolak balik kepahang..oh sungguh sedih.. hmmm.. ana melalui hari seperti biasa.. pastuh ptg raya ketiga tuh suami ana suruh kemas2 beg katanya esok nak bawak ana g jalan2.. bila ana tanya nak kemana kita.. kan ayah sakit.. suami ana hanya kata kemas kan beg untuk 4 malam.. ana akan faham ianya adalah untuk perjalanan jauh.. hmm nak balik pahang ke?? ana tanya suami ana kembali.. pertanyaan ana tidak berjawap.. mlm tu br suami ana bg tau nak bertolakbalik ke pahang esok pagi nya..

abis ayah?? ana tanya.. ayah dah nampak sihat sikit bila di masuk kan wayar ikut hidung nya.. wajah ayah dah kemerahan berbanding sebelunya pucat!!

pagi sebelom bertolak kepahang ana dan suami berziarah ayah terlebih dahulu... minta izin beraya kepahang.. ayah kata bawak keta elok2.. ayah bisik kat telinga suami.. katanya: "ayah segar doh..hhhh".. bersalam2 kami bertolak puku 11 pg..

menelusuri jalan2 yang jemmm...

 bersambungggg....................



Ahad, September 05, 2010

Selamat Hari Raya..

minggu yang amat2 sibuk.. seminggu ni.. menguruskan mertua yang uzur.. amat2 menyentuh hati.. x nak cite panjang lebar.. entry yang terdahulu ana sudah ceritakan.. ayah masih lg berkeadaan begitu.. segalanya dari allah.. ada sebab musabab yang terlindung dr pandangan mata kasar kita.. sebagai umat islam kita kena redho n sabar.. huhuhuhu =))

baiklah.. macam mana persiapan raya?? sama2 beringat ya.. ramadhan belom habis lagi... jadi rebut peluang yang ada untuk ramadhan yang tak berapa hari lagi akan pergi meninggal kan kita.. saat itu menjelmalah syawal.. hmm cepatnya masa berlalu? adakah amalan kita serupa dengan amalan ramadhan tahun lepas?? adakah juga amalan kita dipetingkat kan dalam ramadhan kali ini dr ramadhan yang lepas2.. hmm sama2 kita muhasabah..

moga masa yang ada tidak di sia2 kan.. mana kita tahu ini adalah ramadhan terakhir buat kita... bila mengingat kan ini ana terasa sebak.. memandang kan diri yang hina ini x banyak amalan.. rahmah dan kasih sayang allah luas.. hanya kita yang perlu pilih adakah kita mahu yang baik @ pun yang terbaik dari yang baik.. begitu juga sebaliknya.. hmm..

di kesempatan ini juga ana ingin pohon ampun dan maaf andai kata ada silap dan salah ana dari segi penuturan @ pon ada kalimat2 yang menyakit kan hati.. ana manusia biasa, tak lari dari melakukan kesilapan.. selamat hari raya idul fitri maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga....

Isnin, Ogos 30, 2010

PONAT DEN!! wuiiii..

Punya la jalan2 ari ni huiii.. dari pagi sampai petang bukan g mana pon.. hanya menyelesai kan beberapa urusan..
pagi siap2 awal.. 8.30 dah terpacak.. tunggu suami balik dari masjid.. suami ana nak selesai kan beberapa tugas di masjid.. hmm menunggu la ana n panas2 kan enjin keta.. sambil2 tu menjirus2 pokok bunga .. hmm...

hampir kul 9 gerak ke gelang mas.. ambil ubat yang dah abis.. sambung jewww... x buat akupuntur.. dah sejam situ.. dalam kul 10 lebih.. kuar dari kawasan gelang mas, pasir mas.. gerak pulak kerumah ayah.. ziarah ayah.. ayah kena bawak ke hospital air kurang dalam tubuh.. menyebab kan kering segala bagai.. mmg sedih tgk ayah.. tanpa makan apa2.. tanpa minum apa2.. ayah... minum la sikit, makan la sikit.. tp x boleh nak di paksa sebab bila masuk je akan muntah dan ayah akan sakit perut.. sebab bila kita muntah urat perut akan tertarikk.. ana kesian tgk ayah..

itu cerita ayah.. bila ayah balik dari hospital ayah tidur.. kemudian kami gerak menghala kota baharu.. dalam perjalanan orang kereta talifon.. kata dah lulus.. hmm..usai solat zohor,..  kami pergi ke bank yang berkaitan untuk tanda tangan.. menyatakan sekian2.. kemudian g kat insuran.. buat NCB keta.. hmm takafull sebab dulu kami buat kat takafulll.. g org takaful kata tak lehh.. sebab  insuran kami dah bertukar kepada berjaya sempo..wuuuuu..

kena la pulak g ke berjaya sempo hanya berhampiran rumah kami.. huhuhuhu.. org insuran tu tanya.. kenapa bukan si penjual keta tu yang datang buat kan?????? kami mana tau! wuuu.. org malehh mcm tu la.. hmmmmm.. hangin jugak ana.. ade ke sepatut nya keje meke.. kita dah beli dengan meke.. pastuhh.. lepas tangan jekk.. nek lepas tangan.. hamboihhh.  ingat ana x bayar ker???? wuu..

dah lah takaful tu jauh gak ngan umah.. last2 kena g kat berjaya sempo insuran.. bila sampai kat berjaya sempoo mek dua org dalam tu pulak macam nak layan tak layan jeee.. sabo2.. bulan pose nih.. banyak la yang tak puas hati..budget bagus kot!..

hmm yang penting dah selesai.. kami menunggu dalam setengah jam gak la..dalam tuhh.. huh.. ini kerja suami ana serah kan kat ana.. bila ana suarakan pada suami ana ana nak complain kat org jual keta tu.. suami ana senyap.. mmg ana complain pon.. hmm biar sedar sikit.. jangan nak malas2.. kita pelanggan kena la layan lek lok.. imej syarikat.... mak aiiihhh... n suami ana sambung.. kenapa bukann pihak penjual yang uruskan?? meke tak boleh kata ape.. melainkan tanya bos.. bila nak cakap dengan bos.. bos tak dapat dihubungi la.. x tau kemana la.. huh..jangan la camtuhh.... jalan kan tanggungjawap dengan sempurna.. kerja puas ati.. kita pelanggan nak bayo lebih pon tak teragak2..hmm..

ana pon bukan nak mececeh sangat..  huhuhuhuhuhu... tak pe lah sekurang2 nya ianya jadi satu pengalaman baru pada ana.. kete pon dah selamat bawak balik..

huhuhuhuh.. salam ramadhan almubarakkkkkkkkkk.. =))

Khamis, Ogos 26, 2010

klinik homeopaty

Salam jumaat.. ana seperti biasa masih meneruskan rawatan di klinik homeopaty.. rawatan berjalan lancar.. cuma adakalanya tindak balas ubat terhadap ana menyebabkan ana berasa sedikit kurang selesa.. tp masih OK.. hmm.. ape pun syukur kerana sepanjang 2bulan menjalani rawatan tiada tindak balas yang menyebabkan ana demam.. 

ana rasa banyak perubahan yang berlaku dalam sistem organ dalaman ana.. rasa bertenaga.. sakit dalam perut pun kurang.. jadi ana tidak terasa untuk TIDAK meneruskan rawatan.... sebab pada awal rawatan ana sedikit was-was.. 8 bulan memakan masa untuk punyai "REZEKI" i'allah kita hanya berikhtiar,ALLAH yang menentukan.. tiada penyakit yang tak boleh di ubati melainkan MATI.. 

berbalik pada tempoh rawatan 2 bulan sudah berlalu.. tinggal lagi 6 bulan.. ana rasa seperti sekejab masa berlalu.. banyak perkara yang berlaku dalam 2 bulan tempoh rawatan.. yang utamanya.... ana tidak boleh sekali2 streeesss.. tak boleh.. lumrah manusia ada pasang surutnya.. yang diluar jangkaan akal.. kekadang kita berusaha sebaik mungkin.. org lain pulak yang memberi kesan.. hmm sabar la menjadi peneman disamping sentiasa berfikiran positif..

ana perasan kekurangan ana menjadi senjata pada mereka2 yang tidak bertanggunjawap untuk merendah2 kan ana.. tapi ana lalui itu semua dengan redho, ketentuan allah pada ana.. tanpa mempedulikan.. walau dalam hati menambah lagi gurisan yang sedia ada..huhu.. pada ana.. makin dilayan makin mereka naik lemak (memujuk hati ).. huhuhu.. 

Kesimpulanya.. ana perlu kuat.. menadah untuk dengar yang baik jewww.. huhuhuhu...



                                      
luas kawasan klinik.. damai je..tenang dari kesibukan..


cuma kos rawatan di klinik homeopaty ni sedikit mahal.. layanan ok.. sebelum pegi perlu temujanji dulu klu nak jumpa sendiri dengan prof dr nik umar.. dr nik umar pakar di situ..

FIKIRKAN..


fikirkan ....fikirkan ....


adakah benar atau tidak perumpamaan yang diberi dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.muhasabah diri anda.


Lucu ya , duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket


Lucu ya, 45 minit terasa t’lalu lama utk b’zikir tp betapa pendeknya waktu itu utk p’tandingan bola sepak.


Lucu ya, betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton wayang di panggung.


Lucu ya , susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan b’sembang bila b’temu kawan-2 , pak we dan mak we.


Lucu ya , betapa seronoknya seruan dan teriakan yg b’panjangan waktu p’tandingan pasukan bola kita tp betapa bosannya bila imam Solat Terawih bacaannya lama dan panjang.


Lucu ya , susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.


Lucu ya , orang-orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert tapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.


Lucu ya , kita perlu undangan seawall 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan di agenda kita tetapi untuk acara lain seperti menonton wayang , annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah sekelip mata.


Lucu ya , susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.


Lucu ya , kita begitu percaya pada yang dikatakan di e-mail layang di internet tapi kita sering menanyakan apa yang dikatakan Al-Quran.


Lucu ya , semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman , berfikir , berbicara ataupun melakukan apa-apa.

*COPY PASTE

Rabu, Ogos 18, 2010

RAMADHAN

Amat2 sibuk.. huhuhu.. ayah mentua ana sakit.. suara tak keluar.. kasihan dengan kesihatan ayah yang semakin merosot.. pada pemulaan sakit.. suara tak keluar akibat batuk yang berpanjangan.. pergi ke klinik.. jumpa doktor... masih lagi batuk.. makanya pada beberapa hari selepas itu (jumpa doktor) masuk makan muntah masuk minum muntah.. tak makan dan tak minum.. segalanya tak boleh.. anak2 makin rungsing.. berat ayah turun mendadak.. akibat kurang air ayah jadi cengkung.. 

huhuhuhu.. kasihan nya.. anak2 berpakat bawa ayah meke ke hospital.. ambulan di panggil.. dtg ambulan bawa ayah pergi ke hospital.. air kurang.. masuk air di hospital.. pastuh.. anak2 mintak tukar hospital.. berikutan suma anak2 dok di kota bharu.. pertukaran di benarkan..

hasilnya ayah nampak lagi sihat dr sebelum ni.. air hampir 6 botol masuk  kedalam badan.. makan n minum masih belum mau.. akhir nya doktor mintak kebenaran masuk kan tiub melalui hidung kedalam perut.. ayah tak mau sakit katanya.. suara masih belum keluar.. ana nampak doktor mencari sebab mengapa aah x bersuara.. akhir nya pada tengah harinya ayah di sorong kebilik xray.. setelah di x ray dan di scan.. berkemungkinan paru2 ayah sebelah kurang berfungsi @ istilah lain rosak.. secara terperinci mengenai sakit ayah hari isnin ni, rawatan lanjutan..

ayah dah boleh balik kerumah.. ada sikit selera makan.. boleh minum tapi tak boleh banyak2.. kasihan mama..x cukup tidur.. kami jaga ayah secara bergilir2.. oh sungguh ana sedih melihat ayah.. se moga ayah cepat sembuh.. .. itu kisah ayah.....

...................................................................................................................................................................


ana pula macam biasa.. menjalani rutin kehidupan sebagai isteri.. disamping tambah pendapatan pada bulan pose.. weeee.. =))

Jumaat, Ogos 13, 2010

RINDU

anak2 yang tak nak solat.. tp nak mengaji.. shhoommeeeelllll..


entah kenapa.. hati terasa rindu... rindu pada mak abah ana.. rindu pada anak2 yang mengaji di rumah ana.. rindu sangatt.. rindu pada adik beradik.... sesungguh nya rindu itu anugerah allah.. tanpa rindu tak mungkin kita dapat menghargai seseorang..

ade lagi yang tak nak bergambar.. rindu nya pada kamuuuuu


saat ini ana sedang mendengar alunan bacaan al quran syeikh shuraim... menitis air mata.. seolah terasa dekat nya dengan mereka2 yang ana rindu.. walau jauh tetap dihati.. teringat juga keletah anak2 mengaji.. sungguh mereka begitu bermakna di sisi ana..

iqra'
shannnttiiikkkk..

dak tecikkkkk

keletah yang sering mencuit hati... keletah yang sukar untuk dilupa kan.. oh syahdu nya.. pada mak abah ana paling ana rindu.. rindu untuk menatap wajah tua mreka.....wajah yang semakin di mamah usia.. semakin jelas pada mereka... begitu ana merindui tangan kasar mereka.. sungguh.. abah mak.. hanya talifon yang menjadi penghubung..

anak ini merindu kan kamu.. entah kenapa.. begitu tersentuh..

Selasa, Ogos 10, 2010


Pertama2nya salam ramadhan almubarak dari ana dan suami.. seterusnya kita menjalani ibadah puasa.. alhamdulillah.. wajibbbbbbbbbbb bagi umat islam

dua tiga hari ni ana terlalu sibuk menjalani rutin sebagai isteri.. menjalani rawatan seperti biasa.. rawatan ana berjalan seperti biasa ( pada yang pernah mengikuti blog ana sebelum ni sudah sedia maklum ) akupuntur ana dah lama tak buat berikutan masa tidak mengizin kan.. hanya pegi sambung ubat yang perlu diambil.. 

alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar.. hari jumaat yang lepas kebandar mencari sedikit barang2 yang sudah kekeringan di dapur.. malas sebenarnya.. bandar kb xsibuk klu bukan bulan puasa.. bila masuk ramadhan dan cuti2 tertentu susah nya nak cari parking...

hari sabtu baru2 ni, buat makan2 untuk rakan2 suami.. alhamdulillah berjalan lancar.. masak seadanya untuk teman2 suami.. sup pun licin semuanya licin..

hari ahad mengemas rumah yang bersepah2.. n mengikuti kuliah di masjid berdekatan.. sangat penat.. seusai majlis bergegas ke kampung suami menziarahi ayah mertua yang tidak berapa sihat.. batuk2 yang tak berkesuduhan hingga menghilang kan suara (kiffarah dari allah ).. syafahullah..

hari isnin juga mengikuti kuliah.. seusai majlis terus ke pasir tumbuh menyelesai kan beberapa kerja yang berkaitan.. balik dah dekat dengan asar.. adeeeiiii penat sungguh..

hari selasa ana dalam sesi rawatan.. memakan masa yang lama.. doa2kan ana.. sungguh ana berharap, dalam kehidupan ana, ana sentiasa berada  dalam ilmu.. ana sayang kan waktu ana.. ana juga cintakan ilmu.. terasa kerdil diri ini.. 

salam ramadhan dr ana sekeluarga =))

Rabu, Ogos 04, 2010

BLOG

blog ana sedang di kemas kini... agak tidak teratur.. background yang selalu bertukar2.. ana akan disign bila ana ada masa.. terima kasih pada adik ana yang bg sokongan..

dalam beberapa perkara kadang2 ana terlepas pandang.. jadi ingat2 kan ana.. nasihat kan ana supaya ana tidak cuai.. ana hanya manusia biasa mcm anta/ti semua.. setiap insan tak sunyi dari melakukan silap dan salah.. oleh itu.. sama2 lah kita saling ingat mengingati..

salam ramadhan yang bakal kunjung tiba x berapa lama lagi..

ana titip kan selawat ini..

Selasa, Ogos 03, 2010

BLOG SIAPA INI?

Permulaan baru.. segalanya baru.. semua baru.. ana pon x tau punca macam mana blog ana boleh hilang.. hmm benda yang dah berlalu biarkan ia nya berlalu.. ada hikmah di sebalik apa yang telah berlaku.. sebetul nya ana terfikir untuk meninggal kan dunia blog..tp tak boleh!.. hmm ana suka menulis.. walaupon tak berapa pandai bermain dengan ayat2.. sekurang nya ana boleh menimba sesuatu dari blogger2 lain.. 

Kalau dulu nama blog ana "SANTUN" kali ini sebagai permulaan baru ana akan bercerita mengenai kehidupan ana seharian.. Disebalik ANA @ pon dalam bahasa mudah disebalik kehidupan saya.. 

harapan ana semoga ada manfaat darinya yang boleh diambil.. 

terima kasih kepada yang menyokong ana..