Isnin, Jun 13, 2011

Selalu Terbangun



Mike pergi berjumpa seorang doktor kerana mengalami masalah susah tidur. Dia sudah mencuba berbagai ubat tidur.. tetapi tetap susah untuk tidor..

"Mungkin perubatan tradisional akan berhasil" kata doktor.
...
"Sebelum tidur cubalah mengira dari angka satu, dua, tiga.. sampai akhirnya anda tertidur... kata doktor itu.

Seminggu kemudian Mike kembali berjumpa doktor itu..

"Nampaknya anda sudah lebih segar dan sihat.. apakah cara itu berhasil..?" tanya doktor.

"Sebenarnya hampir berhasil.. pada bilangan ke tujuh saya sudah mula mengantuk.. tapi pada bilangan kelapan saya akan terbangun kembali" jawab Mike.

Doktor kehairan..

doktor : "Mengapa Mike.. awak ada masalah besar ke?!!?"

Mike : "Ya, kerana saya adalah seorang peninju !"

..................
Apa komen anda, jika anda seorang doktor???

Ahad, Jun 12, 2011

keluasan neraka

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.:

..."Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."

Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s.a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"

Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"

Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai"

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Jumaat, Jun 10, 2011

up date blog

big cactus......  besar ya hamat

cuti sekolah 2minggu baru ni balik kampung.. sukanya dah lama tak balik.. berziarah ayah dan ibu.. terubat rasa rindu.. dalam menjengah2 blog teman2.. terasa mahu update blog ana sendiri.. huhuhuhu.. bersawang2.. dah lame tak hupdate!!..bila nak update ade je halangan..
  
     gambar diatas sewaktu ber"anymoon" ke cameron highlands.. sejuk la jugak dengan berbanding kita yang dok bawah bukit ni.. shopping mopping base2 je.. hanya bunga2an yang sudah semestinya.. cenderahati untuk org2 terdekat.. alhmdlhh perjalanan berjalan lancar.. suka la g sana, bandar dia kecik je.. 

     ramai nya mat2 saleh n mek saleh.. kami g melawat ladang stobery,, ladang ros, ladang sayur2an.. ladang teh,, banyak jugak beli teh sebagai cenderahati.. klu makanan laut kat sana mahallllllll ya hamatt!.. ayam n daging agak murah sikit.. di berincang la banyak yang best tempatnya.. tanah rata ade ladang teh je.. tak dapat nak jalan2 sgt sebab cik somi mabuk kereta.. montah2.. pening2.... cian cik somi..  

    yang tentu nya. klu ada tawaran g sana mmg nak g lagiiiiiiiiiiii.. weeeeeeeeeee.... da daaaaa...


shoping moping stobery...


Selasa, Februari 15, 2011

kisah nabi muhammad dengan seorang yahudi

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan
Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.

Rabu, Januari 26, 2011

petua cepat turun berat badan..

Saya memperolehi maklumat ini dari sebuah laman kesihatan.... untuk mempercepatkankan berat badan kita  turun, kita kenalah mempercepatkan metabolisme badan. Apa itu metabolisme??? Metabolisme adalah proses badan menukarkan kalori daripada makanan kepada tenaga. Sebab itu kadang-kadang kita tengok orang kurus kuat makan banyak tapi badan still kurus ini adalah kerana metabolismenya tinggi.... jom tengok tips ni....

10 petua untuk meningkatkan kadar metabolisme yang akan membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan anda….



1.Bina otot-otot (build Muscle) – Badan kita sebenarnya berterusan membakar kalori walaupun semasa kita berehat. Kadar metabolisma pada waktu kita berehat adalah lebih tinggi pada mereka yang lebih berotot. Setiap pound otot menggunakan 6 kalori sehari manakala setiap pound lemak hanya membakar 2 kalori sehari.
2.Bersenam aerobik atau berjogging – Bersenam aerobik/berjogging tidak membina otot namun ia mampu meninggikan kadar metabolisme selepas kita melakukannya.
3.Minum banyak air – Badan kita memerlukan air untuk memproses kalori. Apabila kita kekurangan air dalam badan (dehydrated), kadar metabolisme akan menurun. Dalam sehari seorang dewasa memerlukan 8 gelas air masak (plain water). Untuk kekalkan bekalan air dalam badan, kita hendaklah biasakan meminum air masak sebelum makan. Sebagai tambahan boleh juga memakan buah-buahan yang mana mengandungi kandungan air.
4.Campurkan ais dalam air – Minuman berais akan menggalakkan badan membakar lebih kalori semasa penghadaman tetapi dengan syarat air tersebut tiada tambahan gula atau cream/susu pekat manis.
5.Makan lebih kerap – Makan lebih kerap boleh membantu mengurangkan berat badan.Ambil snack setiap 3-4 jam akan membantu meningkatkan kadar metabolisme. Kajianmenunjukkan jika seseorang mengamalkan snack mereka akan makan kurang sewaktu makan tengahari dan makan malam.
6.Pedaskan masakan anda – Makanan yang pedas mengandungi bahan kimia yang bolehmeninggikan kadar metabolisme.
7.Makan lebih protein – Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protein berbanding lemak atau karbohidrat. Sumber protein yang sihat adalah daging merah, ayam tanpa kulit, tauhu, kacang, telur dan susu rendah lemak.
8.Minum kopi – Tapi pastikan kopi yang diminum tidak dicampur cream dan gula. (agak sukar untuk lakukan, betul tak…:))
9.Minum teh hijau (Green Tea) – Kajian menunjukkan dengan meminum 2-4 cawan teh hijau seharimembantu membakar 50 kalori sehari, ini bersamaan kurangkan 5 pounds berat setahun.
10.Elakkan crash diet. Crash diet ialah mereka yang makan kurang daripada 1,000 kalorisehari. Walaupun diet ini membantu mengurangkan berat badan namun sebenarnya pengurangan berat badan adalah daripada kemerosotan otot-otot. Apabila otot-otot berkurang, maka kadar metabolisme akan berkurangan. Akhirnya badan akan bakarkurang kalori malah akan lebih cepat menaikkan berat badan berbanding sebelum diet jika individu itu sudah tidak patuh pengambilan kalori 1,000 kalori sehari.
Selain daripada cadangan di atas, antara faktor yang meninggikan kadar metabolisme ialah:
1. Sesetengah individu mempunyai genetik metabolisme yang tinggi
2.Lelaki lebih banyak akan membakar kalori berbanding perempuan semasa berehat. (Ini disebabkan lelaki mempunyai lebih banyak otot, perempuan lebih banyak lemak – faktor hormon)
3. Kadar metabolisme akan menurun apabila usia mencapai 40 tahun ke atas
*copy paste

Sabtu, Januari 22, 2011

Nama - nama Surah dalam Al Quran

BilSurahSurah (B.Melayu)Surah (English)
1Al FaatihahPembukaanThe Opening
2Al BaqarahSapi BetinaThe Cow
3Ali 'ImranKeluarga 'ImranThe Family of Imran
4An Nisaa'WanitaThe Women
5Al Maa-idahHidanganThe Table Spread
6Al An'aamBinatang TernakThe Cattle
7Al A'raafTempat TertinggiThe Heights
8Al AnfaalRampasan PerangThe Spoils of War
9At TaubahPengampunanThe Repentance
10YunusYunusJonah
11HudHudThe Prophet Hud
12YusufYusufJoseph
13Ar Ra'dGuruhThe Thunder
14IbrahimIbrahimAbraham
15Al HijrAl HijrThe Rocky Tract
16An NahlLebahThe Bee
17Al Israa'Memperjalankan di malam hariThe Journey by Night
18Al KahfiGuaThe Cave
19MaryamMaryamMary
20ThaahaaThaahaaThaahaa
21A Anbiyaa'Nabi-NabiThe Prophets
22Al HajjHajiThe Pilgrimage
23Al Mu'minuunOrang-Orang Yang BerimanThe Believers
24An NuurCahayaThe Light
25Al FurqaanPembedaThe Criterion
26Asy Syu'araa'Para PenyairThe Poets
27An NamlSemutThe Ants
28Al QashashCerita-CeritaThe Narration
29Al 'AnkabuutLabah-LabahThe Spider
30Ar RuumBangsa RumawiThe Romans
31LuqmanLuqmanLuqman
32As SajdahSujudThe Prostration
33Al AhzabGolongan Yang BersekutuThe Confederates
34Saba'Kaum Saba'Sheba
35FaathirPenciptaThe Originator of Creation
36YaasiinYaasiinYaasiin
37Ash ShaaffaatYang Bershaf-shafThe Rangers
38ShaadShaadShaad
39Az ZumarRombongan-RombonganThe Groups
40Al Mu'minOrang Yang BerimanAl Mu'min
41FushshilatYang DijelaskanExplained in Detail
42Asy SyuuraMusyawaratThe Consultation
43Az ZukhruffPerhiasanThe Gold Adornments
44Ad DukhaanKabutThe Smoke
45Al JaatsiyahYang BerlututThe Kneeling
46Al AhqaafBukit-Bukit PasirThe Curved Sanhills
47MuhammadNabi Muhammad S.A.WMuhammad
48Al Fat-hKemenanganThe Victory
49Al HujuraatKamar-KamarThe Dwellings
50QaafQaafQaaf
51Adz DzaariyaatAngin Yang MenerbangkanThe Winds that Scatter
52Ath ThuurBukitThe Mount
53An NajmBintangThe Star
54Al QamarBulanThe Moon
55Ar RahmaanYang Maha PemurahThe Most Beneficent
56Al Waaqia'hHari KiamatThe Event
57Al HadiidBesiIron
58Al MujaadilahWanita Yang Mangajukan GugatanThe Disputation
59Al HasyrPengusiranThe Gathering
60Al MumtahanahPerempuan Yang DiujiThe Examined One
61Ash ShaffBarisanThe Row
62Al Jumu'ahHari Jum'atFriday
63Al MunaafiquunOrang-Orang MunafikThe Hypocrites
64At TaghaabunHari Ditampakkan Kesalahan-KesalahanLoss and Gain
65Ath ThaalaqTalakThe Divorce
66At TahriimMengharamkanThe Banning
67Al MulkKerajaanDominion
68Al QalamKalamThe Pen
69Al HaaqqahHari KiamatThe Reality
70Al Ma'aarijTempat-Tempat NaikThe Ways of Ascent
71NuhNabi NuhNoah
72Al JinJinThe Jinn
73Al MuzzammilOrang Yang BerselimutFolded in Garments
74Al MuddatstirOrang Yang BerkemulThe One Enveloped
75Al QiyaamahHari KiamatThe Resurrection
76Al InsaanManusiaMan
77Al MursalaatMalaikat Yang DiutusThose Sent Forth
78An Naba'Berita BesarThe Great News
79An Naazi'aatMalaikat-Malaikat Yang MencabutThose Who Pull Out
80AbasaIa Bermuka MasamHe Frowned
81At TakwiirMenggulungThe Folding Up
82Al InfithaarTerbelahThe Cleaving
83Al MuthaffifiinOrang-Orang Yang CurangThose Who Deal in Fraud
84Al InsyiqaaqTerbelahThe Splitting Asunder
85Al BuruujGugusan BintangThe Big Stars
86Ath ThaariqYang Datang Di Malam HariThe Night-Comer
87Al A'laaYang Paling TinggiThe Most High
88Al GhaasyiyahHari PembalasanThe Overwhelming
89Al FajrFajarThe Dawn
90Al BaladNegeriThe City
91Asy SyamsMatahariThe Sun
92Al LailMalamThe Night
93Adh DhuhaaWaktu Matahari Sepenggalahan NaikThe Forenoon - After Sunrise
94Alam NasyrahMelapangkanThe Opening Forth
95At TiinBuah TinThe Fig
96Al 'AlaqSegumpal DarahThe Clot
97Al QadrKemuliaanThe Night of Decree
98Al BayyinahBuktiThe Clear Evidence
99Al ZalzalahKegoncanganThe Earthquake
100Al 'AadiyaatKuda Perang Yang Berlari KencangThose That Run
101Al Qaari'ahHari KiamatThe Striking Hour
102At TakaatsurBermegah-MegahanThe Piling Up
103Al 'AshrMasaThe Time
104Al HumazahPengumpatThe Slanderer
105Al FiilGajahThe Elephant
106QuraisySuku QuraisyQuraish
107Al Maa'uunBarang-Barang Yang BergunaThe Small Kindnesses
108Al KautsarSungai Di SyurgaA River in Paradise
109Al KaafiruunOrang-Orang KafirThe Disbelievers
110An NashrPertolonganThe Help
111Al LahabGejolak ApiThe Palm Fiber
112Al IkhlashMemurnikan Ke-Esaan AllahThe Purity
113Al FalaqWaktu SubuhThe Day Break
114An NaasManusiaThe Mankind